Isnin, 30 Jun 2014

Kenapa Moscow?


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera,
hari ini kami nak berkongsi tentang salah satu kemudahan yang paling best di moscow iaitu stesen  ' Metro'.

sewaktu di moscow, antara kemudahan yang sangat2 membantu kami adalah kereta api bawah tanah 'Metro'. dengan harga tiket yang sangat murah untuk student, lebih kurang RM 27/sebulan kami dapat travel non stop ke seluruh bandar moscow sampai kaki penat.

untuk orang awam pula, harga ticket pula sekitar RM 3/one way, bagi kami harga ini sangat2 berpatutan kerana harga ticket bukan dikira berdasarkan jarak @ stesen yang ditujui tetapi selagi pengguna tidak keluar dari stesen ' Metro' selagi itu dia tidak perlu membeli ticket baru.

Purata pengunaan 'Metro' sehari adalah lebih kurang 6.73 Juta orang dan kadang2 mencecah 9.28 Juta sehari.

gambar 1 : Peta 'Metro' Moscow
'Metro' moscow beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 1 pagi keesok harinya.
antara tarikan 'Metro' moscow adalah keunikan setiap stesennya. setiap stesen mempunyai arkiteknya sendiri dan sejarahnya. boleh dikatakan yang 'Metro' moscow antara yang tercantik di dunia.  

Gambar 2 : stesen 1
Gambar 3 : stesen 2
Gambar 4 : stesen 3
Gambar 5 : stesen 4
Gambar 6 : stesen 5
                                                                                                           
Gambar 7 : stesen 6
picture credit to : Brandon Tsai


cantikkan? =)

Jom Melancong ke Russia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan