hari ini kami nak berkongsi tentang salah satu kemudahan yang paling best di moscow iaitu stesen ' Metro'.
sewaktu di moscow, antara kemudahan yang sangat2 membantu kami adalah kereta api bawah tanah 'Metro'. dengan harga tiket yang sangat murah untuk student, lebih kurang RM 27/sebulan kami dapat travel non stop ke seluruh bandar moscow sampai kaki penat.
untuk orang awam pula, harga ticket pula sekitar RM 3/one way, bagi kami harga ini sangat2 berpatutan kerana harga ticket bukan dikira berdasarkan jarak @ stesen yang ditujui tetapi selagi pengguna tidak keluar dari stesen ' Metro' selagi itu dia tidak perlu membeli ticket baru.
Purata pengunaan 'Metro' sehari adalah lebih kurang 6.73 Juta orang dan kadang2 mencecah 9.28 Juta sehari.
![]() |
gambar 1 : Peta 'Metro' Moscow |
antara tarikan 'Metro' moscow adalah keunikan setiap stesennya. setiap stesen mempunyai arkiteknya sendiri dan sejarahnya. boleh dikatakan yang 'Metro' moscow antara yang tercantik di dunia.
![]() |
Gambar 2 : stesen 1 |
![]() |
Gambar 7 : stesen 6 picture credit to : Brandon Tsai |
cantikkan? =)
Jom Melancong ke Russia!