Selasa, 10 Februari 2015

Muslim & Makanan Halal di Russia.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera,

insyaAllah saya cuba kongsikan serba sedikit berkenaan masyarakat muslim dan pengaruh mereka terhadap budaya hidup orang russia.

masyarakat muslim mewakili hampir 2 juta populasi dari 11 juta di bandar moscow sendiri. ini bermakna, hampir 20% penduduk di moscow adalah muslim.

kebanyakan mereka migrate dari negara-negara tatar (azerbaijan, uzbekistan, tajikistan, kazakstan etc) untuk mencari pekerjaan di moscow disebabkan ekonomi yang tidak stabil di negara mereka.

selain bekerja di moscow, ada juga yang membuka restaurant, stall makanan halal. antara makanan yang affordable untuk student ketika itu adalah syaurma. roti arab yang diisi dengan daging ayam, sedikit sayur, timun jeruk dan sos masam. memang sedap! harganya sekitar 80 Ruble = RM5.


pic 1 : Syaurma Stall 


pic 2 : syaurma ayam, mengiurkan. =)



pic 3 : makanan halal di restoran 'Livan House'


Pic 4 : aneka Grill


pic 5 : Aneka Sayur-sayuran di 'Saltenas'


Jika anda tanya saya, adakah kos makan di russia mahal? saya akan cuba kongsikan serba sedikit tips berjimat yang isyaAllah berguna buat anda semua.

1) jika teringin mencari makanan ringan, 'Syaurma' adalah makanan yang affordable sekitar 80 Ruble = RM 5. Syaurma mmg cukup mengenyangkan. kadang kala 1 syaurma boleh dikongsi bersama 2 org. 

2) jika anda teringin mencuba makanan halal yang murah dan dalam bajet anda sekitar RM25-30. anda boleh ke masjid Prospekt Mira yang terletak di Metro Prospeskt Mira. dalam masjid prospekt mira terdapat sebuah restoran yang menjual pelbagai jenis makanan dari sup lembu (Syurpa), Kotlet Daging (Kotleti), Roti arab (Lavash) dan juga Plov (Nasi beriani versi tatar)


Pic 6 : Masjid Prospekt Mira.

3) jika anda travel ke russia sewaktu musim panas, anda digalakkn untuk membawa siap2 air mineral dari rumah sewa. beli terlebih dahulu air mineral di supermarket atau kedai runcit. harga sekita 30 Rubel = RM 1.6. Jika anda membeli di tempat2 tumpuan pelancong, air boleh mencecah sehingga 60 Rubel = RM 3.2. 

4) bawa snek seperti coklat atau biskut untuk bagi mereka yang suka mengunyah. =) 
tidak dinafikan kita sebagai pelancong sangat teruja untuk mencuba makanan baru. cuma pastikan tempat yang anda beli itu HALAL dan AFFORDABLE. jangan sampai anda tersalah beli dan serik. cuba elakkn perkara sebegini. =)

5) Bagi yang suka makan di restoran, ada beberapa restoran Halal di Moscow yang boleh dicuba.
antaranya Saltenas dan Livan House. harga sekitar RM 40 - 50 /seorang


Pic 7 : Saltenas


Pic 8 : Livan House.


itu sahaja untuk kali ini, apa-apa sebelum hendak beli makanan cuba tanya pekadai tersebut, 'Eta Halal?' (ini Halal), insyaAllah mereka akan bantu anda. =)

Jom Melancong Ke Russia! 

Ahad, 24 Ogos 2014

BAJET TRIP KE RUSSIA

Teringin Melancong Ke Russia Tetapi:

  1. Tidak Tahu Berbahasa Russia
  2. Tidak Tahu Urus Visa
  3. Tawaran Agensi Yang Ada Sangat Mahal
  4. Tidak Tahu Tempat-Tempat Menarik Di Russia
KAMI ADA PENYELESAIANNYA!!


Jumaat, 15 Ogos 2014

Orang Russia tidak friendly?


antara salah faham orang luar kepada orang russia adalah :

1) orang russia tak suka senyum
2) orang russia tak friendly
3) orang russia kasar
4) dan sebagainya.

sebenarnya kehidupan kita sekarang banyak dipengaruhi oleh media barat.
propaganda demi propaganda yang tidak berasas malah tidak benar lansung pasal orang russia.
saya pernah tinggal di russia selama 6 tahun. memang benar orang russia tak suka senyum terutamanya musim sejuk. saya pun xde mood nak senyum musim sejuk.haha
tapi musim panas memang org russia sangat2 friendly. hehe

saya kongsikan satu video pendek pasal orang russia yang suka menolong orang lain.

selamat menonton.

Jom Melancong ke Russia!


Khamis, 14 Ogos 2014

Jom Pergi Russia!

Jom Melancong Ke Rusia! 


Jangan lepaskan peluang untuk melancong ke Rusia tahun ini!
Kenali ketamadunan Rusia dan bagaimana islam sampai di Rusia.

tempahan dibuka sekarang sehingga 01 September 2014.

Group Departure : 13 September 2014 - 19 September 2014
                             October 2014 (TBC)

hubungi (Wassap/sms etc) kami di nombor 
019 - 304 5980 & 03 - 87050152


Isnin, 30 Jun 2014

Kenapa Moscow?


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera,
hari ini kami nak berkongsi tentang salah satu kemudahan yang paling best di moscow iaitu stesen  ' Metro'.

sewaktu di moscow, antara kemudahan yang sangat2 membantu kami adalah kereta api bawah tanah 'Metro'. dengan harga tiket yang sangat murah untuk student, lebih kurang RM 27/sebulan kami dapat travel non stop ke seluruh bandar moscow sampai kaki penat.

untuk orang awam pula, harga ticket pula sekitar RM 3/one way, bagi kami harga ini sangat2 berpatutan kerana harga ticket bukan dikira berdasarkan jarak @ stesen yang ditujui tetapi selagi pengguna tidak keluar dari stesen ' Metro' selagi itu dia tidak perlu membeli ticket baru.

Purata pengunaan 'Metro' sehari adalah lebih kurang 6.73 Juta orang dan kadang2 mencecah 9.28 Juta sehari.

gambar 1 : Peta 'Metro' Moscow
'Metro' moscow beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 1 pagi keesok harinya.
antara tarikan 'Metro' moscow adalah keunikan setiap stesennya. setiap stesen mempunyai arkiteknya sendiri dan sejarahnya. boleh dikatakan yang 'Metro' moscow antara yang tercantik di dunia.  

Gambar 2 : stesen 1
Gambar 3 : stesen 2
Gambar 4 : stesen 3
Gambar 5 : stesen 4
Gambar 6 : stesen 5
                                                                                                           
Gambar 7 : stesen 6
picture credit to : Brandon Tsai


cantikkan? =)

Jom Melancong ke Russia!

Ahad, 29 Jun 2014

Orang Russia


                                                                                                                                            
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera,

kami pernah menetap di russia selama 6 tahun ( dari tahun 2006 - 2012).

dari pengalaman kami sendiri, russia banyak berubah dari segi infrastrukturnya dan penerimaan masyarakatnya terhadap bangsa asing. ketika di russia dahulu kami lihat masyarkat russia ini selalu monyok, grumpy. mungkin dipengaruhi oleh cuacanya kot. bila musim sejuk semua masam, bila musim panas, semua happy. =)


Gambar 1 : Presiden Putin =)

Gambar 2 : Hurm.....

ketika mula-mula kami sampai di russia pada tahun 2006, perasaan takut, risau ditolak oleh masyarakat russia selalu bermain dalam kepala, sehinggalah kami bergaul secara direct dengan mereka.
ternyata, mereka sangat-sangat humble, dan mesra apabila kita menegur mereka dalam bahasa mereka (bahasa russia).

kami pernah bertanya kepada seorang babushka (nenek) di pasar moscow, kami bertanya kenapa masyarakat russia selalu monyok dan nampak tak happy.
dia menjawab " kami ini bangsa yang selalu dalam perang" macam mana kami boleh gembira dengan perkara tersebut.

gambar 3 : Happy Babushka (Nenek)

gambar 4 : happy russian


there is always light at the end of the tunnel - Quote. =)

Jom melancong ke Russia!

Beautiful Russia

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pernahkah anda mendengar tentang sebuah negara yang dinamakan 'Russia'?

Russia, sebuah negara yang terbentang luas dari timur ( jepun) sehingga barat ( jerman).

gambar 1 : peta russia

Yang pastinya,negara sebesar ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri berbanding negara-negara yang famous seperti Jepun, Korea, UK dan negara-negara Eropah yang lain.

gambar 2 : summer di russia

gambar 3: musim sejuk di russia

gambar 4 : pemandangan di perkampungan russia

gambar 5 : pemandangan di bandar russia (moscow)

banyak lagi attraction yang akan saya kongsikan dalam blog ini. buat masa ini, saya kongsikan basic attraction russia sahaja. nantikan. 
insyaAllah akan datang akan saya kongsikan lebih lagi.

Jom melancong ke Russia!