Selasa, 10 Februari 2015

Muslim & Makanan Halal di Russia.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera,

insyaAllah saya cuba kongsikan serba sedikit berkenaan masyarakat muslim dan pengaruh mereka terhadap budaya hidup orang russia.

masyarakat muslim mewakili hampir 2 juta populasi dari 11 juta di bandar moscow sendiri. ini bermakna, hampir 20% penduduk di moscow adalah muslim.

kebanyakan mereka migrate dari negara-negara tatar (azerbaijan, uzbekistan, tajikistan, kazakstan etc) untuk mencari pekerjaan di moscow disebabkan ekonomi yang tidak stabil di negara mereka.

selain bekerja di moscow, ada juga yang membuka restaurant, stall makanan halal. antara makanan yang affordable untuk student ketika itu adalah syaurma. roti arab yang diisi dengan daging ayam, sedikit sayur, timun jeruk dan sos masam. memang sedap! harganya sekitar 80 Ruble = RM5.


pic 1 : Syaurma Stall 


pic 2 : syaurma ayam, mengiurkan. =)



pic 3 : makanan halal di restoran 'Livan House'


Pic 4 : aneka Grill


pic 5 : Aneka Sayur-sayuran di 'Saltenas'


Jika anda tanya saya, adakah kos makan di russia mahal? saya akan cuba kongsikan serba sedikit tips berjimat yang isyaAllah berguna buat anda semua.

1) jika teringin mencari makanan ringan, 'Syaurma' adalah makanan yang affordable sekitar 80 Ruble = RM 5. Syaurma mmg cukup mengenyangkan. kadang kala 1 syaurma boleh dikongsi bersama 2 org. 

2) jika anda teringin mencuba makanan halal yang murah dan dalam bajet anda sekitar RM25-30. anda boleh ke masjid Prospekt Mira yang terletak di Metro Prospeskt Mira. dalam masjid prospekt mira terdapat sebuah restoran yang menjual pelbagai jenis makanan dari sup lembu (Syurpa), Kotlet Daging (Kotleti), Roti arab (Lavash) dan juga Plov (Nasi beriani versi tatar)


Pic 6 : Masjid Prospekt Mira.

3) jika anda travel ke russia sewaktu musim panas, anda digalakkn untuk membawa siap2 air mineral dari rumah sewa. beli terlebih dahulu air mineral di supermarket atau kedai runcit. harga sekita 30 Rubel = RM 1.6. Jika anda membeli di tempat2 tumpuan pelancong, air boleh mencecah sehingga 60 Rubel = RM 3.2. 

4) bawa snek seperti coklat atau biskut untuk bagi mereka yang suka mengunyah. =) 
tidak dinafikan kita sebagai pelancong sangat teruja untuk mencuba makanan baru. cuma pastikan tempat yang anda beli itu HALAL dan AFFORDABLE. jangan sampai anda tersalah beli dan serik. cuba elakkn perkara sebegini. =)

5) Bagi yang suka makan di restoran, ada beberapa restoran Halal di Moscow yang boleh dicuba.
antaranya Saltenas dan Livan House. harga sekitar RM 40 - 50 /seorang


Pic 7 : Saltenas


Pic 8 : Livan House.


itu sahaja untuk kali ini, apa-apa sebelum hendak beli makanan cuba tanya pekadai tersebut, 'Eta Halal?' (ini Halal), insyaAllah mereka akan bantu anda. =)

Jom Melancong Ke Russia!